Friday, April 26, 2013

JEJU-SEOUL – DAY 2 – FLIGHT TO JEJU


Since semalam Kak Kiah dah tengok betapa azabnya memasing mengangkut beg dari subway Hongyik University ke guesthouse kan, Kak Kiah rasa no way la diorang ni larat nak mengangkut lagi untuk ke Gimpo Airport. So semalam masa buat check in guesthouse ni, Kak Kiah sempat la mintak receptionist book kan satu van taxi untuk kami berlima ke airport. Kosnya ialah KRW45,000 and the driver akan datang pick us up kul 6am.

Nak jadi cerita, guest what time kitorang bangun? 5.55am ok! Masing2 melompat bangun. Subuh ntah ke mana. Driver plak tepat kul 6am dah ketuk pintu. Kelam kabut masing2. Dengan tak gosok gigi, tak basuh muka.. terus pakai baju n terkocoh-kacah bersiap. Masing2 blame Kak Kiah sebab semalam Kak Kiah kata nak kunci jam. Yang Kak Kiah ni pulak bila badan penat, bila alarm bunyi je otomatik tangan akan pegi off kan alarm tu. Kak Kiah pun tak sangka yang lain pun takde sorang pun kunci jam. Kira masing2 depend kat jam Kak Kiah sorang je. Hai sabo je lah.. Nak buat macamana, tak sedar langsung kan..

About 6.30am baru kami gerak ke airport. Muka sembab je masing2. Tapi bole gelak2 lagi sebab kelako dengan tak gosok gigi n tak basuh muka memasing tu.. memang tak dibuat orang lah. Macam muka orang hulu je dah kami hahaha..
Driver kami - muda, hensem lagi bersopan-santun
Sampai Gimpo Airport je terus check in. Flight kul 8.20am. Alhamdulillah semua berat beg takde yang exceed 15kg. Kalo naik Eastar Jet ni, luggage limited to 15kg. Kalo lebih ada xtra charges la. Anyway, takde la mahal pun cuma KRW2000 per kg je and leh bayar terus kat kaunter tu.
Muka2 tak mandi di Gimpo Airport
Lepas setel je check in, memasing terus bergegas ke toilet untuk basuh muka, gosok gigi, mekap2 n touch up apa yang patut. Masa ni Kak Kiah pegi lepak sensorang kat tempat lain. Bila datang balik kat diorang, Nanny pun mengadu hal Eti. Loh apa plak niii...

Ceritanya Eti ada beli satu kotak kuih korea, Kak Kiah tak ingat namanya.. ala macam buah melaka tanpa kelapa tu.. Dia offer la kat yg lain ni. Sekali tu Nanny tanya kuih tu boleh makan ke? Pastu kata Nanny, Eti marah2. Nanny cakap dia tegur sebagai orang tua la so dia tak faham kenapa Eti nak sentap2 lak. Kak Kiah explain la kat Nanny, Eti tu dah few times datang Korea.. n of coz la dia dah cek apa bende yang boleh dimakan ke tak. Lagipun dia selalu refer ngan student yang blajo kat Korea ni tentang apa Korean food yang bole dimakan, apa yang tak bole. Sepatutnya Nanny jangan la tembak orang tu macam tatau halal haram. So Kak Kiah faham la kalo Eti sentap. Kalo Kak Kiah pun tengah sedap mengunyah tetiba orang cakap “Eh ko makan benda tu ko yakin ke halal? Ntah2 ada minyak babi ke?” memang Kak Kiah pun hangin. So start dari part ni, Eti punya muka dah macam nak makan orang je. Masam semasam-masamnya, tak bercakap sepatah pun sampai la masuk kapal terbang. Yang Nanny lak macam muka tak bersalah. Dok gelak2 ngan Kin macam saja je nak bakar Eti tu.

Stress tak kalo korang jadi Kak Kiah?
Eti dan kuih korea yang kontroversi
Me n mak - tersenyum tapi hati merintih tension uwaaa...
Inside Eastar Jet

Perjalanan from Gimpo Airport to Jeju amek masa 1 jam je. Kak Kiah dok sebelah Eti, tapi dia tak bercakap langsung ngan Kak Kiah. Bengang giler Kak Kiah. Ko nak sentap ngan Nanny, sentap ngan Nanny sorang la. Apehal Kak Kiah yang tak bersalah ni terbabit sekali?

Sampai kat Gimpo Airport, lepas amek luggage plannya nak gi amek keta kat Kumhorent. Nak pegi sini kena naik shuttle bus. Since Kak Kiah pun dah serabut tengok perangai Nanny & Eti, Kak Kiah buat decision suh Kin, Mak & Nanny tunggu kat airport dulu sementara Kak Kiah & Eti gi amek keta. No point nak angkut beramai2, buat pening kepala je diorang berdua tu bkan boleh dekat.. asek nak bercekau je..
Naik shuttle bus ke Kumhonrent
Dalam shuttle bus, Kak Kiah tak tunggu apa, terus slow talk ngan Eti. Tanya apa yang dia tak puas ati. So dia citer la semua. Dia tak suka ngan style Nanny, esp masa part kuih tu. Ok la Kak Kiah dengar je. Tapi Kak Kiah mintak dia bersabar la. Ye la kita semua ni ada kurang masing2, kena give n take la. Jangan la dipanjang2 sebab akan screw up akan orang lain nye mood bercuti. Nanny tu memang macam tu, jenis cakap lepas. Since Kak Kiah pun dah kenal Nanny tu, Kak Kiah pun takde la nak side sapa2. To me both of them ada betulnya, n ada gak salahnya. Since ni baru awal2 trip, maybe masing2 lom tau how to get along with each other kan.

Then about 15 mins perjalanan, kami pun sampai ke Kumhorent. Terus setelkan hal sewa keta. Kena bayar pakai credit card. Kami amek Hyundai I30, with english GPS. Dapat free eggunit. Eggunit ni macam portable wifi la.. best! Senang leh beronline sentiasa.
Office Kumhorent
Our rental car - Hyundai I30
Since kereta ni auto, maka Eti lah yang drive. Kak Kiah kesian gak tengok dia masa tu sebab first time bawak left hand side kan. Dah la tak bole pektis kat parking lot tu, keluar2 je terus kena masuk jalan besar. Goyang siot. Kereta ni besar n lebar.. lebih kurang cam Satria la tapi lagi lebar. Dashboard tinggi. Jalanraya kat Jeju ni plak amek masa nak memahami undang2 dia. Kekadang lampu merah pun kita still leh belok simpang gak. And ada jalan yang boleh u-turn tapi kena tau bila nak u-turn, tak boleh sebarang2 je u-turn.
Eti - first time driving left-hand side
Yang Eti ni bole tahan gak panik. Dengan Kak Kiah skali ikut panik. Dah le seumur idup tak pernah pakai menatang GPS tu. Nak faham konsep pun terkial2. Yang Eti dah terjerit2 tanya Kak Kiah - kiri ke kanan? kiri ke kanan? Lama gak kami berpusing2 dalam town Jeju tu sebab nak cari jalan balik ke Airport. Aduhhhh... 30 min yang pertama ada dalam kereta ngan Eti tu rasa macam nak collapse sakit jantung pun ada. Berapa kali hampir bergesel ngan kereta sebelah sebab dia takleh nak ejas kereta tu dok tengah2 jalan. Nasib baik la kereta sewa kat Jeju ni memang ada tanda kat plat no menunjukkan kita ni tourist yang menyewa kereta, so driver2 kat Jeju ni dah biasa kot ada driver terkial2 macam kami ni.. Pandai je diorang elak, takde pun nak hon marah2. Kalo kat Msia memang dah lama dapat isyarat jari tengah huhuhu..

Tak lama pastu sampai la kami kat airport. Kak Kiah masuk dalam nak panggil diorang. Tengok2 beg ada tapi orang nya takde. Berpusing la Kak Kiah kat airport tu cari diorang. Rupanya diorang gi minum. Boleh je tinggal beg kat situ cam tu je? Hai... sabo je lah.. Tapi malas dah nak marah2. Nak mikir cepat ke guesthouse je ni. Tengok kereta pun tak muat nak letak 5 beg troli bagak tu, so kami decide nak amek satu cab.. n cab tu leh tunjuk jalan sekali untuk ke guesthouse.

Ok teka sapa yang kena cari cab?
Kak Kiah la sapa lagi...

Berjalan la Kak Kiah pegi ke pintu depan untuk amek cab. Dah la jauh giler. Dapat cab skali tu ahjussi driver tu takleh skiping london lak. Aduhhh... Nak cerita ngan dia pasal nak pegi kat kereta kami pun dah tak tau macamana. Last2 ahjussi tu call help center mintak Kak Kiah cakap kat operator. Pastu operator tu translate kat dia. Ha baru lah dia faham. So patah balik la ke airport untuk amek beg2 yang separuh tu.

Kak Kiah suh Nanny & Kin naik cab. Kak Kiah plan nak naik ngan Eti sebab Eti tak komfiden nak tengok jalan. Tapi Nanny suh naik gak cab tu sebab ahjussi tu tak tau alamat guesthouse yang kami nak pegi ni n ahjussi tu nak Kak Kiah explain kat operator help centre tu skali lagi. Dah pening balik Kak Kiah. Eti plak dah marah2. Dengan ahjussi2 tu skali marah sebab dia pun tak faham apa yang jadik. Last2 Kak Kiah naik je cab tu. Lantak la ko Eti. Kak Kiah serabut nak pikir dah. Takkan tu pun nak bergantung ngan Kak Kiah gak? Tapi Kak Kiah mintak mak tolong Eti guide kan jalan n make sure follow kami.

Cab driver tu dah la bawak laju. Hai mengucap2 Kak Kiah dibuatnya. Yang Nanny lak kat belakang dok tambah serabut Kak Kiah. Dok komplen lagi pasal Eti, apasal muka masam la, apasal buat muka taik la... Bukak lagi cerita kuih korea tu. Tension dibuatnya. Orang tengah tension nak cari alamat guesthouse, dia tak habis2 ngan citer Eti. Siap ahjussi driver tu sound dia suh diam sebab orang tu tengah bercakap on the phone ngan operator help center, yang Nanny ni dok bebel2. Kelas ahjussi.. high five skali..

Akhirnya sampai gak kat B&B Pan Guesthouse. Located kat Jeju-do area Tapdong. Sampai je kami, owner guesthouse nama Martin terus datang sambut kami. Eh muda je orang nya, ingat kan dah kertu. Ok la hensem gak.. macam Shawal AF. Eh sempat lagi tu.. hahaha..

Ok ni la guesthouse nya..
Me in front of B&B Pan
Common Room
Our dormitory - 6 beds
Garden yang cantik - ada pokok limau lagi okeh!
Martin - owner guesthouse
The kitchen
Kami dok dormitory. Sorang KRW20,000 per night. Nice n cozy la tempat ni. Basic facilities semua ada - wifi, public PC, microwave, fridge, washing machine, towels etc. Location wise not bad - very close to Dongmun Market, 5 mins walk to convenience store. Untuk park kereta ada parking lot nearby. Malam free la parking tapi kalo siang ada charges.
Oh ya.. tak lupa juga.. guesthouse ni ada cat!! Nama nya Tony. Kak Kiah likeeee..
Yang tak bestnya tempat ni ialah kitorang kena share bathroom. Pastu diorang ni suka mabuk2 malam2. So segan la Kak Kiah nak join diorang melepak kat Common Room tu. N toilet diorang tak berapa bersih sangat. Tapi kalo ikut level Kak Kiah ok belasah je. Cuma Nanny la dok komplen2 tak selera nak masuk toilet sebab berbau.  Other than that semua ok.
Sesi briefing rules guesthouse
Memula tu ingat nak makan kat Lovely Hut (vege restaurant), tapi masing2 malas nak keluar pulak. Last2 Kak Kiah makan biskut je and yang lain makan megi. After that mandi, solat n bersiap2 untuk meronda Jeju.

Ok next entry kita cerita pasal trip to Seongsan Ilchubong lak.. tungguuu....

JEJU-SEOUL – DAY 1 – HONGDAE


Lepas siap2 makan, kami pun keluar ke Hongdae. Actually takde la plan nak ke mana sangat, tapi Mak & Eti teringin nak ke Toms Cat Cafe. Kak Kiah ok je.. layan kucing pun best gak, maybe leh cool down kan memasing.

Takde la jauh sangat Housetay tu dari Toms Cat Cafe ni. Nasib baik la dulu masa datang sini Kak Kiah sesat kan, so this time jadik mahir la selok belok jalan Hongdae ni. Sepanjang perjalanan banyak la kedai2 n stall2 yang menarik. Si Nanny dah macam rambang mata. Sume kedai dia nak masuk. Tapi masuk cuci mata je la, bukan beli pun. Yang Eti lak dah bising2 bila Nanny asek benti2. Dia cakap jangan shopping dulu kat sini sebab nanti balik akan shopping kat Myeongdong lagi. Yang Nanny plak bila kena sound tu mula la sentap, dok komplen2 kat Kak Kiah tak puas hati  ngan Eti. Haih pening Kak Kiah dibuatnya..
Sampai je Toms Cat Cafe, Nanny cakap takmo naik. Dia ni ada asma, alah ngan bulu kucing. Before this dia memang takde cakap yang dia langsung tableh ngan kucing. Tapi nak wat cemana, dah sampai depan cafe pun kan. Kak Kiah pun ok je la. Lagipun dia lagi suka nak pegi cuci mata kat kedai2 depan tu..  

Bila dah masuk cafe tu, baru lah rasa macam dalam syorga. Memasing teruja main kucing. Mak pun dah macam apa dok bercakap ngan kucing sorang2 hehe.. Aman seketika Kak Kiah.

Ok jom layan gambar..

Sayang mummy tak..?
Tak lama pastu Nanny pun masuk. Dok bising2 tanya kitorang lama lagi tak. Pastu dia dok tutup2 hidung sebab kucing banyak kan. FYI, cafe ni tutup kul 10pm. Kalo ikutkan memang nak lama kat sini. Tapi rimas sangat tengok Nanny. Dia dok push2 suruh cepat. Kata dia tak berani nak jalan kat kedai2 tu sorang2. Pulak dah.

Ok la so kitorang pun keluar. Then mak pulak buat hal, dok suh Kak Kiah cari kasut. Kaki dia sakit pakai kasut yang ada tu. Eeeeee mula lah Kak Kiah menyirap kan. Pasal kasut ni memang Kak Kiah panas hati sangat. Masa before pegi tu, Kak Kiah siap pesan suh cari sport shoes. Sekali tu boleh dia beli kasut leather yang tapak licin n nipis tu. Alasannya dia nak pakai skirt labuh, tak sesuai pakai sport shoes. Bila Kak Kiah cakap cuaca kat Korea sejuk n takut dia tak tahan kalo pakai skirt, dia kata cuma nak pakai masa fly dari KL. Tapi semalam dia tak pakai pun skirt kan. Skrg ni dah sakit kaki plak sebab kasut tu baru n makan kaki dia. Plus kaki dia sejuk sebab kasut tu nipis. Geram betul Kak Kiah. Bila orang cakap, degil tanak ikut. Last2 menyusahkan orang pulak.

Kak Kiah ni dalam merungut2 tu kena jugak la cari kedai kasut. Tau je lah kasut2 kat Hongdae ni semua jenis stylo-mylo untuk orang muda. Banyak la yang dia tak kenan. Yang dia berkenan bapak mahal la pulak. Ada yang murah n ok, kaler pulak dia tak kenan. Adoiii Kak Kiah memang tekanan betul masa tu. Tambah lak si Nanny dok bebel2 pasal mak, konon sebab mak nak beli kasut ni sume kena ikut sama masuk kedai kasut so dia nak cuci mata kat kedai lain pun terbantut.

Anyway lepas kuar masuk kedai, jumpa la kasut ni. Memang mahal about KRW50,000 tapi Kak Kiah pejam mata je lah hulur duit kat ahjumma kedai tu. Dah stress sangat tengok mak tu jalan berdengkot2.

Then Kak Kiah decide nak balik je terus. Tak kuasa nak jenjalan lagi. Nanny dok membebel pasal mak. Pastu Eti dok membebel pasal Nanny. Last2 Kak Kiah yang migrain.. Baik balik je tido.. Orang datang sini nak happy2 tapi jadi tak seronok pulak sebab masing2 ni ikut kepala sendiri je, pastu tak bole nak tolak ansur.. mulut pun main lepas je cakap, takde nak pikir perasaan orang lain.

Balik je guesthouse, Kak Kiah terus lepak kat depan tu sorang2 sambil layan internet kat Ipad. I’m starting to feel that I make a big mistake datang sini ngan diorg ni. Obviously masing2 memang clash habis personality. Nanny n Eti memang takleh dekat, asek nak sentap with each other. Kak Kiah ngan mak pun sama gak. Walopun Kak Kiah takde la tunjuk or cakap marah2 yet, tapi Kak Kiah risau jugak takut ntah bila Kak Kiah takleh tahan sabar ni. Dengan Eti pun Kak Kiah rasa annoying gak ngan lagak cakap besar macam bagus dia tu. Buat masa ni masih boleh Kak Kiah telan je tapi tatau la esok lusa kan. Nasib baik la dalam ramai2 tu Kin paling tak buat hal. Dia ok je leh masuk kepala ngan sume, dengan Eti nye part cakap besar tu la yang dia ada issue sikit tapi macam Kak Kiah, dia telan gak la.. Malas nak panjang2 kan citer..

Hai apa la nasib Kak Kiah ni... Padan muka main setuju je amek sapa yang nak join trip ni. Kan dah pening sendiri.

Baru Day 1 ok.. Tak tau la apa jadi pasni..

Lepas Nanny, Eti n Mak dah tido baru Kak Kiah masuk bilik. Tengok Kin pun baru nak tido. Dia pun muka dah penat je, kesian Kak Kiah tengokkan.

Before tido pasang earphone layan Running Man. Lari kejap dari masalah before zzzzz...

Thursday, April 25, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 0 - FLIGHT TO SEOUL


Akhirnya setelah berbulan2 berangan, maka tibalah harinya untuk terbang pulang ke kampung halaman tercinta iaitu Seoul (cheh berangan haha).

Flight Kak Kiah ialah pada 27/3/2013 pukul 8.50am. Since flight nya pagi kan, Kak Kiah & Mak dah bertolak dari Johor semalam nya n stay kat Tune Hotel for 1 night, together with Kin. Anyway, Tune Hotel LCCT ni bapak mahal ok. RM179 bilik cinonet je, ngam2 letak katil double tu. Nak solat pun takde space. Pastu condition very poor lak tu. RM179 tu baru basic tau. Tak campor a/c, wifi sume. Nak cari air panas minum pun takde (yang kat 7E tu rosak katanya).

Since bilik pun kecik, kami terpaksa tido bertiga secara melintang atas katil tu. Kak Kiah cuma dapat tido 2 jam je. About kul 5 pagi dah bangun n siap2 sebab nak gerak ke LCCT kul 6.30am. Dari Tune Hotel ni ada shuttle bus to LCCT every ½ hr. Murah je bayar RM1. Kereta Kak Kiah park kat hotel je n kawtim ngan member Kak Kiah untuk datang pick up later. Masa tengah berurusan ngan receptionist untuk simpankan kunci kereta, tengok2 shuttle bus dah jalan. So kiranya Mak & Kin dah jalan dulu la, n terpaksa la Kak Kiah tunggu the next shuttle bus.

Lama gak tunggu the next bus. Risau gak masa tu sebab dah kul 7+am. Nanny & Eti dah sampai dah. Cuma Kin & Mak tunggu Kak Kiah untuk check in since diorang tak tau apa nak buat.
Akhirnya sampai kat LCCT. Problem plak masa nak drop luggage tu sebab first name, tak boleh Nur aje katanya. Diorang kata Seoul strict sikit sekarang. Kalo nama ada Nur xxxx, kena letak semua kat first name. Tak bole letak Nur aje. Nasib baik la diorang ejas n then baru la ok bole print boarding pass nya. Tu pun Kak Kiah orang last yang hantar luggage. Kelam kabut dibuatnya. Nak sarap? Huh memang tak sempat langsung k!
Group Kak Kiah pun masa ni baru la nak sesi berkenal2an. Semua ni tak kenal each other, jadi memang tak sempat nak beramas mesra sangat pun. Sampai kat kapal terbang, dah terpisah balik. Maklum la memasing beli tix lain2 masa kan. Jadi seat pun bersepah2. Even Kak Kiah yang beli tix sama ngan Kin pun dok jauh dari dia. Kedekut kan nak beli seat huhu..

Tepat 8.50am.. bismillahirrahmanirrahim... semoga selamat perjalanan kami..
Dalam flight Kak Kiah dok sebelah anak tokey Bora Ombak. Adik ni nak gi tengok konsert G-Dragon katanya. Wah daebak! Gila kaya k datang Korea semata2 nak tengok konsert. Kak Kiah ni ikat perut berbulan2 nak beli tix promo ni je huhuhu..
my fav meal - Nasik Lemak Pak Nasser
The journey took 6 hrs. Lama gak bersembang2 ngan adik Bora Ombak tu. Of coz selepas pekena nasik lemak Pak Nasser, zzzz lah apalagi.. letih gile noks..

Reached Incheon 4.00pm local time. Lepas semua dah selamat berkumpul, kami proceed ke toilet dulu untuk tambah layer baju. 
Masa selepas ni lah bermula sesi annoying dalam trip ni jeng jeng jeng...

Kak Kiah tatau la cemana nak story. Memang irritating lah rasanya bila orang suka tunjuk pandai like she knows everything ni. I know dia dah pernah datang Seoul few times but perlu ke menunjuk2 kat those yang first timer ni? Cakap macam bagus je. The worst part bila ada plak yang bahagian melawan, melaser dia balik. Argh.. Not even sampai Seoul lagi ni dah ada drama!

Ok takpe Kak Kiah sabar dulu..

Macam biasa kita naik train pegi ke arrival hall untuk pick up luggage. Again. Drama.

Before pegi aritu memang Kak Kiah ada pesan kat sume what type of luggage nak bawak kan. Satu beg troli, satu beg sandang or yang sangkut kat bahu dah ok dah sebab nak memudahkan perjalanan naik turun tangga/escalator. Yang Nanny boleh bawak dua2 jenis troli. Mak pun sama (yang mak ni memang Kak Kiah dah bebel2 dah semalam, dia nye beg troli hand luggage tu je ada berbotol2 kosmetik saja - lotion saja 4 jenis ok!!). Masa check in pagi tadi memang Kak Kiah dah notice dah tapi since diorg sendiri yang nak bawak so Kak Kiah pikir lantak la. Beg diorang kan, diorang yang angkut sendiri tanggung la. Yang panas nya masa pick up luggage tu si Eti leh plak membebel2 kat makcik berdua tu.. “Kenapa bawak dua2 beg troli? Kan dah susah nanti nak angkut sana sini. Dah tau jalan-jalan kat sini banyak tangga bawak banyak beg troli tu kenapa? Bla..bla..bla...” Muka Mak & Nanny berubah bila dia sound macam tu. Memang Kak Kiah faham la dia concern sebab memang susah pun nak angkut dua beg troli naik turun tangga, but the way dia cakap tu macam rude la.. macam tak pikir2 lak diorang berdua tu kan orang tua. Awak pulak yang paling muda dalam group ni. Eeeeeeeeeeeiiii panas tol hati Kak Kiah masa tu. Tapi Kak Kiah diam je lah. Sabar lagi.

So kami pun keluar. The first thing Kak Kiah tuju - convenience store, sebab nak cari susu pisang n coffee bene yang ada gambo kekasih hati Jang Geun Seuk tu. Fuh punyalah suka bila dapat jumpa kedua-duanya ni hehe.. baru lah rasa macam WELCOME TO KOREA!! Ahahaha..Sejuk hati kejap..
me n my omma
me n Nanny
Tapi kegembiraanku seketika cuma. Datang si Eti dok push2 suh beli T-Money. Eh geram betul lah. Kak Kiah ni asalnya nak cari T-Money yang bentuk key chain tu and i dun think ada jual kat convenience store ni. Tapi dia dok pok pek pok pek.. kalo tak beli sekarang mana lagi nak beli la.. sama je card ngan key chain la... kita dah lambat la.. Bingit hokeh!

Sabar Kak Kiah. Sabar.

Pastu dia bising plak suh amek cab. Alasannya sebab makcik2 berdua tu sure susah nak angkut beg troli memasing naik turun tangga. Kak Kiah takmo la sebab mahal kan. KRW75000 tu RM225 tau untuk 40 mins perjalanan. Baik amek AREX train, baru KRW2500 (RM7) je. Pada dia mungkin KRW15000 sorang tu murah celah gigi sebab gaji dia beso. Tapi pada Kak Kiah yang gaji ciput n nak pegi jalan ni pun berhempas pulas cari duit, no way beb. Biar la diorang merasa azab naik turun tangga dengan beg bagak tu.. degil kan.. bukan Kak Kiah tak pesan pun dari awal suruh travel light n jangan sampai susahkan orang lain..

Setel beli T-Money card yang rupa bodo tak kelas langsung tu (wah geram), Kak Kiah n the girls terus tuju ke AREX station. Since flight kami ke Jeju ialah tomorrow morning, kami decide untuk stay satu malam kat Hongdae (Hongyik University dulu). So untuk ke Hongdae, kami decide untuk naik AREX.

Ok imejin ye perjalanan makcik2 dengan dua beg troli each, plus satu hand bag. Tersangat lah siput nya esp mak Kak Kiah la sebab kaki dia dah sakit. Si Eti plak dok bising2 “patut amek cab patut amek cab”.. rasa macam nak plaster je mulut..

Sampai je Hongyik University station, kami keluar dulu ikut exit 7. Kalo ikut peta kata 5 mins perjalanan untuk menuju ke Housetay Guesthouse. Of coz banyak tangga. Nak cari lif tak jumpa plak. Kepala pun dah berdenyut2 pening. N of coz banyak aksi terkial2. Kak Kiah buat bodo je. Tak tolong pun mak Kak Kiah. Memang Kak Kiah sengaja pun. Geram kan berbuih2 mulut cakap suruh jangan bawak banyak barang tapi degil. Suruh tukar jenis beg degil. So Kak Kiah selamba je jalan kat depan. Bukan tak kesian, memang la kesian. Tapi memang Kak Kiah nak bagi dia susah kejap. Sori lah ye uols.. jangan pikir lak Kak Kiah ni benci mak ke apa. I just know her very well. Dah memang dia gitu kalo jalan ala2 mak datin, ada balachi tukang angkutkan beg. Sori la Kak Kiah nak offer diri, sendiri nye beg pun dah berat.

Then, bila Kak Kiah toleh ke belakang.. tengok Eti tolong bawakkan one of beg troli mak tu. Kak Kiah biarkan je la, ko dah rajin nak tolong kira bagus la kan.

Masa dok pusing2 kat Hongdae tu, sesat barat gak kami dibuatnya sebab tak jumpa Family Mart. Masing2 muka dah letih angkut beg bagak. Muka Eti toksah cakap la.. bebulu habis la ngan Kak Kiah agaknya masa tu. Geram agaknya kenapa la Kak Kiah tergamak biarkan je mak sendiri angkut beg tu terkial2 sorang2. Pastu agaknya geram sebab Kak Kiah berkeras tanak amek taxi. Maka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih tegang, Kak Kiah suh diorg tunggu dulu satu tempat sementara Kak Kiah n Kin pegi cari alamat guesthouse ni.

Patut la kami kompius jalan. Rupanya Family Mart tu dah tukar jadi CU. Akhirnya Kak Kiah & Kin pun jumpa la Housetay Guesthouse. Nasib baik la kami sampai just in time je, staff situ (receptionist) dah nak balik keje pun. Cepat2 la kami buat urusan check in sume. Then Kak Kiah & Kin pun terus kuar balik nak pick up diorang bertiga tu. Dah la sejuk giler masa tu. Muka masing2 dah mencuka macam nak bunuh Kak Kiah je hehee..

Kami dapat bilik dormitory kat basement. Bilik dia tak berapa best la sebab sejuk. Macam takde heater je. Toilet pun kat luar, kena sharing ngan bilik sebelah yang ada guys 2 orang. Pastu tak bersih sangat. Kitchen plak kat ground floor. Dari 5 bintang, Kak Kiah bagi 2 bintang je. Not recommended sangat.

Kami plan nak ronda Hongdae je malam ni. So before kuar kami dinner dulu. Of coz sume harapkan Kak Kiah buat everything. Kak Kiah la yang pegi CU beli instant rice, Kak Kiah jugak nak kena reheat nasik memasing kat microwave. Bila Kak Kiah mintak tolong, masing2 macam2 la alasan. Tak tau la, tak reti nak key in code pintu la, CU jauh la. Letih gile Kak Kiah layan kerenah memasing ni. Yang tua macam diva, sume nak orang lain buat kan. Yang muda plak mulut macam pungkok ayam.. komplen itu ini, dok bising pasal mak Kak Kiah bawak banyak barang sampai susahkan dia nak tolong angkatkan. Padahal dia sendiri offer nak tolong kan? Tak ke macam haram namanya tu?

Stressssssssssssssss!!!!!!

Ok x pe.. Buat masa ni Kak Kiah masih bersabar lagi. Ketap2 bibir tahan diri dari melaser tau. Apapun, nantikan sambungannya di next entry. Adakah Kak Kiah akan meletop? Jeng jeng jenggg...

Anyway sorry la towards the end of this entry takde gambo. Memang tak kuasa nak snap pun at that time.

JEJU-SEOUL - PREPARATION


Yuhuuuu uolsss!! Heheh. Sori lah lama tak memblog. Bz noks. Actually nak sambung cerita trip Bandung tapi rasa maleh plak, buleh gitu? Kekeke.. Kak Kiah jump cerita pasal trip ke Jeju dulu eh? Cerita Bandung later2 kita story. Sementara ingatan Kak Kiah pada trip Jeju masih hangat ni kan. Kang dah suam2 banyak lak lupa jalan ceritanya. Ni pun actually Kak Kiah amek masa lama nak start menulis ni.. sebab tiap kali teringat je rasa macam nak marah. Seriously. Tak fun pun. Bukan sebab Jeju tak best tau. Jeju & Seoul memang best. Cuma Kak Kiah pegi dengan orang2 yang tak best.. sob sob..

Ok let’s begin..

First, citer pasal preparation dulu lah. Kak Kiah beli tix masa promo AA, setahun before.. yakni even before my first trip to Seoul pun. Maklum lah tamak kan haha.. Beli tix KL-ICN rtn RM850. Masa tu plan nak pergi berdua je ngan kawan skolah Kak Kiah yang bernama Kin. Jeju 3 hari, Seoul 1 hari (27/3-1/4/2013). Kengkunun nak layan spring kat Jeju lah kiranya ni..

Pastu lepas Kak Kiah berjaya buat solo travel ke Seoul n ramai mendapat tahu plan nak Jeju ni, ada la pulak yang nak menjoin. Kak Kiah ok je. The more the merrier kata omputih. So ada 3 orang lagi follow - Eti (my fren nye adik), Nanny (remember her? yang Kak Kiah jumpa kat Bandung and nak matchmake kan Kak Kiah ngan anaknya tu.. huhuhu) & Mak Kak Kiah sendiri. Mak Kak Kiah ni actually takde dalam plan. Bro Kak Kiah yang sebenarnya cadang nak bawak dia, tp last2 tak jadik join sebab segan kami sume pompuan2 belaka katanya..

Kak Kiah ni actually berat hati nak bawak mak. Honestly speaking la.. sbb i know my mother well. Kak Kiah nye style berjalan memang beza ngan dia. She’s more like datin2 nye style. Kak Kiah lak bajet cheapskate kedekut taik idung masin nye style. But since my bro dah belikan dia tix, nak tak nak kne la bawak kan. Takpe lah Kak Kiah pikir selama ni pun tak pernah bawak mak jalan, ini la masanya nak bagi dia happy betul tak. FYI, i’m not very close to my mum. Memang Kak Kiah cukup risau takut kami bergaduh kat sana sebab Kak Kiah ni kekadang boleh jadi short temper bila ngan mak ni. Kena plak mak Kak Kiah ni before fly tu kena sakit lutut lak. So Kak Kiah beberapa kali ingatkan diri sendiri supaya banyak2 bersabar bila kat sana nanti.

About 3 months before fly tu, Kak Kiah beli ticket flight ke Jeju plak. Amek Eastar Jet je sebab tu yang paling murah, tu pun dah campur tax bagai about KRW117,000 return. Actually 6 mths before fly tu kena rajin usha2 website dia untuk dapatkan discounted fare. Tapi since group Kak Kiah ni yang buat keputusan nak join tu lambat, maka bulan Jan baru betul2 decide n beli tix.

Accommodation pun sama gak. Kak Kiah booking 3 months before. Most hotel/guesthouse kat Jeju ni nak kena bayar deposit untuk buat reservation, tak macam those yang kat Seoul. Kalo sesapa yang takde credit cards, don’t worry.. boleh guna paypal. Masa nak cari guesthouse pun problem gak sebab dah lambat kan. Banyak yang kat area Seogwipo-si dah fully booked. So terpaksa amek Jeju-si.. tu pun lepas decide kami nak rent kereta sepanjang kat sana.

Untuk sewa kereta, kami amek Kumhorent. Register kat web dia n book awal leh dapat 75% discount. Untuk 2.5 hari, harga sewa Hyundai I30 plus charges ialah KRW90,000 (~RM270). Serius ni murah giler kan. Yang penting mesti ada international license lah. Boleh amek kat JPJ, RM150 untuk setahun. For our group, Kak Kiah n Eti yang amek license ni. We dunno yet sapa nak drive kat sana sebab tak tau kereta kami tu manual or auto. Kak Kiah memang tak pernah bawak auto. Eti lak tak pandai bawak manual. Bila ada dua driver rasa ok lah kan.

Selain dari tu, as usual before pergi tu study la tempat2 nak pegi tu thru blogs, forums n websites. Berapa kali gak ubah itinerary sebab bila dah masuk warga emas ni, takleh la nak ambitious sangat kan. Kena ukur kederat masing2.

Ok panjang dah bebel.. jom sambung kat next entry!